{"product_id":"sempurnakan-saf-panduan-lengkap-solat-jemaah-buat-imam-dan-makmum","title":"Sempurnakan Saf (Panduan Lengkap Solat Jemaah Buat Imam dan Makmum)","description":"\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eMasjid bukan sekadar bangunan ibadah, tetapi pusat penyatuan jiwa dan iman umat Islam. Di situlah solat berjemaah menyatukan saf, iktikaf mendidik jiwa dan doa dipanjatkan dengan penuh pengharapan. Namun dalam keadaan tertentu, rumah juga boleh menjadi medan ibadah yang hidup apabila solat berjemaah dilaksanakan bersama keluarga, menghidupkan sunah serta menyemai roh kebersamaan.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eSempurnakan Saf merungkai persoalan-persoalan yang sering berlaku dalam solat berjemaah, yakni peranan imam, kedudukan makmum, perbezaan niat sehinggalah kesalahan lazim yang sering berulang di masjid, surau dan juga rumah. Dengan huraian yang berlandaskan dalil, pandangan ulama muktabar dan realiti semasa, pembaca dibimbing untuk menilai ibadah bukan sekadar pada tempat, tetapi pada penghayatan, adab dan niat.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eSesuai dijadikan rujukan harian, bahan pengajaran dan panduan pembetulan amalan, buku ini menghubungkan masjid dan rumah sebagai dua ruang tarbiah, supaya solat berjemaah, zikir dan ketaatan terus subur dalam kehidupan seharian.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eMelalui naskhah ini, pembaca akan dibawa menelusuri:\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e· Fiqh masjid: Memahami adab dan hukum-hakam berkaitan rumah Allah SWT agar kita menjadi tetamu yang beradab dan tahu memuliakan syiar-Nya.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e· Fiqh solat berjemaah: Memperincikan syarat sah, peranan imam dan makmum serta tatacara mendepani situasi khusus seperti masbuk, mufaraqah dan istikhlaf.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003ePanduan praktikal dan adab: Memperkemas amalan sebelum, semasa dan selepas solat agar kualiti ibadah kita setanding dengan keagungan ganjaran yang menanti.\u003c\/p\u003e","brand":"Must Read Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47694503477405,"sku":"9786297836201","price":30.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297836201.webp?v=1772681692","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/sempurnakan-saf-panduan-lengkap-solat-jemaah-buat-imam-dan-makmum","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}