{"product_id":"setitik-jadi-selautan","title":"Setitik Jadi Selautan","description":"\u003cp\u003eBuku \u003ci\u003eSetitik Jadi Selautan: Dari Kodiang ke New York \u003c\/i\u003emerakamkan kehidupan NOBISHA, anak miskin yang pernah menahan lapar kerana tidak ada makanan. \u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDia mendapat peluang belajar di Amerika Syarikat. Bukan kerana dia yang terbaik, tetapi kerana dia yang terpilih. Kata NOBISHA, \"Kita merancang. Allah beri lebih baik daripada apa yang kita rancang.\"\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSelepas graduasi, dia pulang ke tanah air. Dia bekerja dari bawah di syarikat-syarikat kecil sehinggalah akhirnya memegang jawatan kanan dalam organisasi pembangunan ekonomi dan keusahawanan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDia pernah aktif dalam pergerakan belia dan politik. Namun, kemudiannya dia meninggalkan dunia politik. Katanya, dia tidak ada DNA sebagai politikus.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSelepas bersara, dia kembali ke Amerika Syarikat yang dianggap sebagai rumah kedua untuk membuka pasaran negara itu kepada usahawan Malaysia.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eBuku ini merakamkan perjalanan Dari Kodiang ke New York yang penuh dengan pengalaman dan pengajaran. Kata NOBISHA lagi, \"Sesuatu yang memberikan manfaat selautan tidak semestinya bermula besar. Kadang-kadang, ia bermula hanya dengan setitik.\"\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSetitik Jadi Selautan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"The Bonrico Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":67804374892701,"sku":"9798997553401","price":70.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/setitik-jadi-selautan","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}