{"product_id":"sir-her-saviour","title":"Sir: Her Saviour","description":"\u003cp\u003eKapsyen: We are far apart but I will forever love you.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTiada apa yang lebih berharga, selain daripada kebahagiaan. Tiada apa yang lebih memeritkan selain kesedihan. Namun, dia sudah bertahan sejauh ini. Untuk hari ni, mungkin dia masih bernyawa… namun sampai bilakah dia bernafas lega tanpa pusaran ancaman?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi pandangan nyata, dia adalah adik yang kuat, gadis yang tabah. Sebaliknya, jika dilihat dari mata hati, dia sebenarnya dipaksa menjadi dewasa sebelum waktunya. Dunianya cuma ada abangnya Arman dan lelaki itu…\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eYa, lelaki itu…\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Kau jangan memandai-mandai nak panggil aku dengan gelaran tu ya. Mahu aku tampar juga mulut kau tu nanti!” - ANN\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Aku memang tak pernah lafazkan cinta aku pada kau. Tapi apa yang aku lakukan selama ini adalah hanya untuk kau semata-mata, angel. Aku bukan jenis lelaki yang pandai nak berjiwang segala. – RAYYASH\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cbr\u003eUsikan yang menyakitkan hati. Gurauan yang mencetuskan pertengkaran di penghujungnya. Cinta? Maaf… Istilah itu tidak pernah wujud dalam hubungan mereka.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cbr\u003eBelum lagi dengan kewujudan Elisya, siput sedut yang sentiasa inginkan perhatian Rayyash. Ada saja perangai gadis tu menyakitkan mata walha menambahkan bara.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cbr\u003e“Di mata dia, kau tu tak ubah macam perempuan kelas bawahan aje tau. Perempuan macam kau sebelah mata pun Yash tak pandanglah dekat kau tu!” – ELISYA\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSeiring dengan waktu, semuanya berlalu. Ann diterpa dengan dengan teka-teki. Satu kejadian berlaku, menyebabkan Arman maut dan telah membuka kisah silam yang selama ini tidak diketahui oleh Ann sendiri. Terlambat menyedari, kematian di depan mata.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApa sebenarnya yang sedang berlaku dalam kehidupan mereka di masa lalu?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePaling utama… benarkah Ann yang menjadi kebencian dan ketegangan kepada semua yang berlaku?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cbr\u003eTak semua kebencian perlukan sebab. Kadang-kadang kita tak perlu buat salah pun untuk dapat kebencian daripada orang lain.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Apa pun yang berlaku, aku akan jaga kau sampai ke akhir hayat aku. Aku takkan benarkan sesiapa pun mengganggu kau melainkan takdir adalah sebaliknya!”\u003c\/p\u003e","brand":"Fajar Pakeer","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46093008044189,"sku":"9789838222853","price":26.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/SirHerSaviour.jpg?v=1729741424","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/sir-her-saviour","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}