{"product_id":"siri-novel-ana-solehah-geng-sparkle-pink-ana","title":"Siri Novel Ana Solehah: Geng Sparkle Pink Ana","description":"\u003cp\u003eAna Solehah bersama adiknya Ibrahim dan Luqman ialah anak yatim. Hidup mereka berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia semakin matang dan menjadi seorang yang penyayang, baik hati, amanah, bertanggungjawab, rajin belajar dan pelbagai jati diri yang dipelajari melalui pengalaman hidup bersama kawan-kawannya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e***\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\"Kita perlu hasilkan sesuatu yang istimewa sempena hari keusahawanan nanti,” kata Ana.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Ina ada idea! Apa kata kita cipta minuman yang berkilauan? Macam \u003cem\u003eunicorn tears\u003c\/em\u003e? Tapi versi kita sendiri!” ujar Ina memberikan cadangan. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Wah, menariknya! Kita juga boleh namakannya sebagai Sparkle Pink Potion, macam nama kumpulan kita, Geng Sparkle Pink!” celah Ana pula.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHari keusahawanan yang dinanti-nantikan kini telah pun tiba. Namun, 'langit tidak selalunya cerah', apabila hari yang dijangkakan penuh kemeriahan bertukar menjadi hari yang begitu tragis! Gerai jualan Ana, Ina dan Idah kini telah pun musnah dalam sekelip mata! Begitu juga dengan Sparkle Pink Potion yang tiba-tiba hilang tanpa sebarang kesan! Siapakah dalang di sebalik insiden ini? Dapatkah Sparkle Pink Potion ditemui semula atau sebaliknya?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Ana Muslim Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47008951402653,"sku":"9789674499716","price":12.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789674499716.webp?v=1769407101","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/siri-novel-ana-solehah-geng-sparkle-pink-ana","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}