{"product_id":"suami-pilihan-opah","title":"Suami Pilihan Opah","description":"\u003cp\u003eMalang nasib Lili Afni apabila dia dibuang kerja hanya disebabkan menolak tawaran menjadi isteri. Demi maruah yang ada, dia lebih rela diberhentikan kerja. Bagi Lili, dia masih belum bersedia berkahwin.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eNamun tiba-tiba opah muncul di rumahnya dengan satu permintaan tak masuk akal.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e\"Opah dah ada calon suami untuk Lili.\"\u003c\/i\u003e - Opah\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e\"Tak lawak opah\"\u003c\/i\u003e - Lili\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDan lebih mengejutkan lagi, bakal suaminya adalah orang yang pernah dia minati sejak di zaman sekolah.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e\"Ini... calon suami Lili?\"\u003c\/i\u003e - Lili\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e\"Harith Masdi. Nama pun dah nampak kacak.\"\u003c\/i\u003e - Opah\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eGila dia nak tolak. Sudahlah bakal suami yang dipilih opah, lelaki idaman Lili sejak di sekolah. Tapi yang menyakitkan hati, cara lelaki itu bercakap, macam kahwin paksa aje. Bila bercakap, adalah dua tiga patah perkataan aje yang terkeluar.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e\"Abang suka makan apa?\"\u003c\/i\u003e - Lili\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e\"Nasi.\"\u003c\/i\u003e - Harith\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eBercakap dengan Harith, Lili perlu banyak bersabar. Sebaik saja bergelar suami isteri, bermulalah ujian rumah tangga. Yang menyakitkan hati, kakak kandung sendiri yang cuba membuat onar.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e\"Jangan nak berlagak sangatlah. Kak Lin lebih kenal Harith berbanding adik. Dia tak mungkin suka perempuan berisi macam adik!\"\u003c\/i\u003e - Kak Lin\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eKahwin tak sampai sebulan, ada pula yang nak jadi penyondol. Ditambah pula dengan kemunculan Zara, lagi menyakitkan hati Lili. Namun saat kebenaran terbongkar, dunia Lili gelap seketika.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e\"Dia perempuan pertama yang buat abang jatuh cinta. Dan dia juga yang buat hati abang hancur.\"\u003c\/i\u003e - Harith\u003c\/p\u003e\u003cp\u003ePantang bagi Lili, haknya dirampas. Selagi dia bergelar isteri kepada Harith Masdi, tahulah dia nak mengajar penyondol di luar sana. Melainkan suami sendiri yang rela disondol.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eMampukah Lili menambat hati suami pilihan opah? Atau keputusan yang dibuat oleh Lili untuk berkahwin dengan \u003ci\u003ecrush \u003c\/i\u003edi zaman sekolah adalah satu kesilapan besar?\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"RMA Studio","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48642621341853,"sku":"9786297923031","price":32.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/suami-pilihan-opah","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}