{"product_id":"syuhada-di-bumi-barakah-al-quds-siri-2","title":"Syuhada di Bumi Barakah Al-Quds Siri 2","description":"\u003cp\u003eBuku ini adalah merupakan siri kedua kepada buku bertajuk \u003cem\u003eSyuhada di Bumi Barakah Al-Quds\u003c\/em\u003e yang merupakan himpunan biodata para syuhada yang berjuang untuk pembebasan Al-Quds. Siri kedua ini memaparkan seramai 15 orang syuhada yang merupakan pemimpin dalam Gerakan Hamas dan Briged Izzuddin Al-Qassam yang telah gugur sehingga mutakhir ini. Para syuhada ini mempunyai latar belakang yang pelbagai seperti pensyarah universiti, jurutera, ulama dan usahawan, tetapi mereka mempunyai satu titik persamaan dalam perjuangan mereka, iaitu menjadikan keimanan yang kuat dan akhlak Islam yang kukuh sebagai titik tolak perjuangan mereka.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuku ini dimulakan dengan penceritaan mengenai Syeikh Muhammad Farghali yang merupakan seorang pendakwah dari Mesir yang telah berjihad di Palestin dalam Perang 1948. Beliau dipaparkan dalam buku ini kerana beliau menjadi mata rantai kepada penglibatan Ikhwanul Muslimin dalam jihad di Palestin. Ini diikuti dengan ulama mujahid seperti Dr. Abdullah Azzam dan Dr. Nizar Rayyan yang rela meninggalkan kesenangan dunia yang mampu mereka miliki demi sebuah perjuangan jihad untuk pembebasan Al-Quds\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBeberapa orang jurutera yang merupakan pakar pembuatan roket, pembinaan terowong dan penyumbang kepada pembangunan persenjataan Briged Al-Qassam seperti Muhyiddin Al-Sharif, Imad Aqel, Muhannad Al-Tahir, Nidhal Farhat, Adnan Al-Ghoul dan Raed Al-Attar juga disebutkan dalam siri ini. Dengan kesungguhan dan kecekalan mereka, paru jurutera ini telah berjaya membangunkan industri senjata untuk Briged Al-Qassam. Nama-nama hebat di dalam Hamas seperti Saced Siyam, Saleh Al-Arouri, Muhammad Al-Deif, Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar turut diabadikan dalam buku ini untuk dijadikan qudwah kepada mereka yang cintakan Al-Quds.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSemoga buku ini mampu meniupkan semangat mereka yang ingin melihat pembebasan Al-Quds dan terus menjadi di antara yang turut menyumbang ke arah itu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Ilham Books","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47729826496669,"sku":"9789670067360","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789670067360.png?v=1773654516","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/syuhada-di-bumi-barakah-al-quds-siri-2","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}