{"product_id":"syurga-itu-bernama-ibu","title":"Syurga Itu Bernama Ibu","description":"\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Wahid! Takkan kau nak tinggal kami macam ni?”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Aku dah buat keputusan, Nani.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Abang pengecut! Cuma fikir diri sendiri saja.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e*\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eWahid, Hanani, Ilyasa. Jika tidak cukup seorang, tidak lengkaplah mereka bertiga. Wahid dapat melihat bayang, Hanani mendengar suara, dan Ilyasa menghidu bau, dari memori masa lalu. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun, selepas arwah ayah meninggal, kuasa yang pernah mengikat hubungan adik-beradik menjadi sumpahan yang melukakan. Lantas Wahid lari ke Kuala Lumpur, tidak sanggup melihat memori silam ayahnya. Ilyasa pula terasa hati kerana rasa abangnya sudah tidak pedulikan keluarga.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTinggallah Hanani keseorangan; tersepit antara marah dan rindu. Hanya ibu tempat dia mengadu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApabila kesihatan ibu semakin merosot ketika bulan puasa, Hanani mengumpul semangat. Kali ini, dia mesti bawa abangnya pulang. Abang, mak dah tak ada masa!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTetapi ketika Wahid akhirnya pulang, ibu yang paling gembira dapat beraya bersama kesemua anaknya tiba-tiba menghilang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMampukah Wahid, Hanani dan Ilyasa menggunakan deria istimewa mereka dan mengembalikan semula kenangan lama demi mencari insan tersayang? Adakah sengketa dapat diketepikan sebelum benar-benar terlambat?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"IMAN Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48032923975837,"sku":"9786299465195","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/WhatsAppImage2026-05-07at9.13.43AM.jpg?v=1779688256","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/syurga-itu-bernama-ibu","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}