{"product_id":"tak-mahu-dirayu-bulan","title":"Tak Mahu Dirayu Bulan","description":"\u003cp\u003e\u003ci\u003eTak Mahu Dirayu Bulan\u003c\/i\u003e  edisi bahasa Melayu novel \u003ci\u003eThe \u003c\/i\u003e\u003ci\u003eAluminum Coin\u003c\/i\u003e karya Andrea Hirata - ialah versi fiksyen kisah Andrea Hirata sendiri yang pernah menjadi buruh kecil, pendulang timah, pernah \u003ci\u003edrop out \u003c\/i\u003eketika sekolah menengah,\u003c\/p\u003e\u003cp\u003emenjadi kuli kedai bahan pembinaan bangunan, belajar di bawah lampu jalan untuk ujian kemasukan universiti negeri serta pegawai pejabat pos. Dia tak pernah bercita-cita menjadi penulis. Novel pertamanya \u003ci\u003eLaskar Pelangi\u003c\/i\u003e – \u003ci\u003eThe Rainbow Troops \u003c\/i\u003e– telah diterjemahkan kepada puluhan bahasa asing dan menjadi buku international bestseller pertama Indonesia.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDalam \u003ci\u003eTak Mahu Dirayu Bulan\u003c\/i\u003e, Andrea Hirata berkongsi pengalaman membaca dan menulis fiksyen dari rentang 20 tahun karier menulisnya, serta lebih daripada seribu acara buku di banyak negara, mulai dari Smithsonian, USA, Zurich hingga pulau-pulau Pasifik. Sangat berguna bagi pembaca dan para penulis muda. Berasa malu dan bertanggungjawab moral atas biasiswa kesusasteraan yang diterimanya dari negeri asing, Andrea Hirata menulis cerpen pertamanya \"Dry Season\" yang kemudian terpilih dimuat di majalah sastera terkemuka Amerika Syarikat: \u003ci\u003eWashington Square Review\u003c\/i\u003e, New York Univesity, Winter\/Spring 2011.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eAndrea Hirata telah memenangi beberapa penghargaan sastera antarabangsa, antaranya pemenang pertama New York Book Festival dan Buchawards, Jerman. Andrea Hirata juga telah menerima gelar Doctor Honoris Causa Literature dari University of Warwick, UK.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Jejak Tarbiah","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48969485811869,"sku":"9786297943046","price":49.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/tak-mahu-dirayu-bulan","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}