{"product_id":"tangan-tangan-berdarah-di-gaza","title":"Tangan-tangan Berdarah di Gaza","description":"\u003cp\u003e\u003cem\u003e\"Buku ini bukan tentang Gaza. Buku ini tentang apa yang telah dilakukan terhadap Gaza.\"\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApa yang berlaku di Gaza? dan mengapa Israel berani menjarah nyawa-nyawa tidak bersalah secara terang-terangan? Dalam buku ini, sarjana dan aktivis kemanusiaan, Norman G. Finkelstein, meneliti tiga serangan besar: Cast Lead, Pillar of Defense dan Protective Edge sekaligus membongkar bagaimana Gaza dihancurkan secara tersusun. Berdasarkan puluhan laporan hak asasi manusia dan fakta-fakta sahih, pengarang membuktikan bahawa serangan- serangan ini bukan hanya pertahanan diri, tetapi pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePengarang juga mendedahkan, institusi-institusi terkemuka seperti Amnesty International dan Human Rights Watch yang diharapkan melindungi, sebaliknya gagal menghentikan pembunuhan beramai-ramai warga Gaza. Lewat analisis tajam dan berani, Norman G. Finkelstein menyusun semula naratif yang telah diputarbelitkan media dan kuasa besar, menjadikan \u003cem\u003eTangan-tangan Berdarah di Gaza\u003c\/em\u003e bukan sekadar buku, tetapi sebuah karya yang penuh kemarahan, kasih, dan keberanian untuk mereka yang tidak mampu bersuara. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"IBDE","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47572561232029,"sku":"9789670037981","price":80.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789670037981.jpg?v=1770269683","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/tangan-tangan-berdarah-di-gaza","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}