{"product_id":"teka-teki-permainan-penyamar","title":"Teka-teki: Permainan Penyamar","description":"\u003cp\u003e“Terima kasih kerana menyertai Permainan Penyamar. Dan tahniah kerana anda dipilih untuk menjadi posisi terpenting dalam permainan ini, iaitu Penyamar.\"\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e10 pemain.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSatu penyamar.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSatu pemenang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eRICO diburu lintah darat gara-gara Saiful. Dia harus bertanggungjawab ke atas hutang-hutang yang bukan miliknya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMARIA memerlukan wang untuk menyelamatkan adiknya daripada penyakit yang membawa maut. Pembedahan segera perlu dilakukan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eABEL dituduh sebagai 'scammer' paling besar di Kuala Lumpur. Dia diburu oleh ramai orang yang mahu menuntut kerugian.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJULIE berada dalam bahaya kerana hubungan sulitnya diketahui orang. Namun Julie memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan dan mengekalkan kecantikannya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eARSYAD terdesak untuk menyelamatkan anaknya yang dituduh membunuh kawan sendiri. Dia memerlukan sejumlah wang yang besar untuk main kotor.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAtas desakan kehidupan, mereka menyertai Permainan Penyamar bersama lima orang pemain lain untuk memenangi hadiah berjumlah satu juta ringgit. Dibawa ke sebuah sekolah sebagai lokasi permainan, mereka perlu menghabiskan misi sebelum masa yang diberikan tamat. Namun, tanpa disangka, tapak sekolah itu menjadi tempat pertumpahan darah. Terdapat seorang Penyamar yang berpura-pura dalam kalangan mereka. Penyamar yang akan membunuh semua pemain untuk memenangi wang itu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eManakala para Pemain pula perlu meneka identiti Penyamar untuk menyelamatkan diri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun, siapa yang boleh dipercayai? Siapakah Penyamar dalam kalangan mereka?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Patriots Publishing","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47534308491421,"sku":"9789672437918","price":33.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789672437918_2d.jpg?v=1770633268","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/teka-teki-permainan-penyamar","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}