{"product_id":"teknik-belajar-best-student","title":"Teknik Belajar - Best Student","description":"\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eKejayaan semasa di alam persekolahan menjadi titik penentu bagi para pelajar. Penentu masa hadapan yang lebih cerah, peluang yang lebih terbuka luas serta langkah menjadi lebih jauh.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eBagi menjamin peluang kejayaan pada fasa kehidupan seterusnya, pelajar perlu mengenali diri sendiri dan hal ehwal berkaitan dalaman dan jiwa. Perkara ini sudah dinyatakan dalam Psikologi 'Best Student'\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eSatu aspek lain yang tidak kurang penting ialah pendekatan dan teknik dalam pengajian dan pembelajaran. Kadangkala pendekatan yang tepat dan berkesan akan mendatangkan hasil yang membanggakan. Namun citarasa setiap orang tidak sama. Satu pendekatan mungkin sesuai untuk seseorang manakala teknik yang lain pula mungkin dapat mendatangkan impak tinggi kepada individu lain.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eBerbagai teknik pembelajaran telah dikongsikan yang kemungkinan besar dapat membantu pelajar mencapai kejayaan. Kejayaan bukan sesuatu yang bernoktah. Kejayaan boleh berlaku sepanjang hayat dalam apa juga usaha dan di mana sahaja.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eOleh itu, pembaca dipersilakan supaya mengaplikasi dan menghayati teknik-teknik ini semasa di alam persekolahan mahupun dalam menuju fasa kehidupan yang selanjutnya, contohnya dalam pembelajaran sepanjang hayat.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eDengan ini, proses pembelajaran dan fasa mengejar ilmu akan menjadi lebih mudah, menyeronokkan, mencetus dan memacukan semangat bagi pencapaian seterusnya. Mudah-mudahan teknik-teknik pembelajaran ini akan dapat mendatangkan hasil memberangsangkan seperti yang dihajati dan dicita-citakan\u003c\/p\u003e","brand":"Firdaus Press Publications","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47797229682845,"sku":"9786297706559","price":32.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/teknik-belajar-best-student","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}