Terperangkap di Istana Gondrong
Terperangkap di Istana Gondrong adalah sebuah kisah pengembaraan penuh debaran dan saspens. Ia menceritakan perihal kembara Alisa dengan sebatang pensel sakti ke sebuah dunia misteri penuh dengan magis. Pensel sakti dijumpai semasa Alisa mencari gunting pokok bunga ibunya di sebuah stor rumah rehat milik bapanya.Pensel Sakti meminta Alisa menyelamatkan seorang puteri yang telah diculik oleh makhluk jahat berwarna hijau yang bernama Gondrong.
Sebaik sahaja sampai di istana Gondrong, pensel sakti menghilangkan diri dan Alisa telah terperangkap di situ. Alisa dipaksa menjadi budak suruhan dan melakukan kerja-kerja berat di Istana Gondrong. Segala pergerakannya sentiasa diawasi oleh ular berkepala tiga yang merupakan penjaga rumah tersebut.Pada suatu hari dia didatangi seekor rama-rama mutan itu. Rama-rama mutan menolong menunjuk arah tempat Puteri Salju dikurung. Alisa dan rama-rama mutan dapat melepaskan puteri dari tawanan. Menyedari Puteri Salju telah dilepaskan, Gondrong naik berang. Dia memukul badan Alisa dengan tongkat ular sakti. Pukulan itu menghasilkan sebuah belon besar yang menyeliputi badan Alisa, dan dia terkurung di dalamnya.
Dapatkah Alisa melepaskan diri dari cengkaman Gondrong dan berjayakah Puteri Salju melepaskan diri bersama dengan rama-rama mutan dari terus terperangkap di istana Gondrong?
Publisher,MPH Group Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 280 g
No. of Pages,
Sebuah novel remaja yang sangat menarik untuk dibaca. Ia mengisahkan tentang pengembaraan fantasi seorang gadis bernama Alisa. Alisa perlu menyelamatkan puteri salju dari Gondrong iaitu makhluk hijau yang jahat. Pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh Alisa termasuk ditawan dan disiksa di istana Gondrong. Dalam kembaranya, Alisa turut ditemani dan dibantu oleh rakan-rakan fantasinya seperti pensel sakti dan rama-rama mutan. Pada anda yang suka bacaan bergenre fantasi, it suits with you! Dapatkan novel ini dan ikuti pengembaraan Alisa yang penuh misteri, penuh keajaiban dan debaran.
Sebuah buku yang agak menarik. Kisah seram yang penuh mencabar. Penggunaan bahasa yang sesuai. Kisah seram yang diadunkan bersama fiction tapi tidak membosankn.