{"product_id":"the-wealth-money-cant-buy-8-tabiat-tersembunyi-untuk-menjalani-kehidupan-paling-kaya-edisi-bahasa-melayu","title":"The Wealth Money Can't Buy: 8 Tabiat Tersembunyi untuk Menjalani Kehidupan Paling Kaya (Edisi Bahasa Melayu)","description":"\u003cp\u003eSebuah buku inovatif yang mentakrif semula kejayaan, menunjukkan kepada pembaca bagaimana membina kehidupan yang benar-benar melimpah dan bermakna melalui Model 8 Bentuk Kekayaan oleh Robin Sharma—penulis, penceramah, dan pakar kepimpinan bertaraf antarabangsa nombor satu.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eKekayaan sebenar jauh melampaui wang di bank, kereta mewah di halaman rumah, dan percutian eksklusif di pulau-pulau eksotik. Terlalu ramai orang yang kaya dari segi kewangan sebenarnya miskin apabila melibatkan perkara yang benar-benar penting untuk kebahagiaan, kecergasan, dan ketenangan hidup.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eMasyarakat telah menjual kepada kita satu versi kejayaan yang menyebabkan ramai berasa kosong, kecewa, dan penuh penyesalan. Namun, ada cara hidup yang jauh lebih baik.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDalam \u003ci\u003eThe Wealth Money Can't Buy\u003c\/i\u003e, anda akan menemui satu sistem yang mampu mengubah hidup untuk membantu anda menjalani kehidupan paling bermakna sebelum terlambat. Anda akan mempelajari satu rangka kerja berdasarkan lapan tabiat tersembunyi yang diamalkan oleh individu yang benar-benar kaya, serta memperoleh kaedah untuk menguasai takdir hidup anda.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eBuka buku ini dan biarkan seorang mentor yang dipercayai berkongsi pandangan berharga, termasuk:\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cul\u003e\n\u003cli\u003ecara menjadi pencipta \"detik sempurna\"\u003c\/li\u003e\n\u003cli\u003emengapa pilihan pasangan hidup menentukan 90% kebahagiaan anda\u003c\/li\u003e\n\u003cli\u003ekuasa \"Soalan 10,000 Makan Malam\"\u003c\/li\u003e\n\u003cli\u003etabiat tersembunyi individu yang benar-benar kaya\u003c\/li\u003e\n\u003cli\u003ekehebatan \"menghilang seketika\" selama setahun\u003c\/li\u003e\n\u003c\/ul\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003ePakar pembangunan diri terkenal, Robin Sharma telah membimbing jutawan, atlet bertaraf dunia, dan pemimpin negara, mengajar Model 8 Bentuk Kekayaan dengan hasil yang transformasi. Kini, anda juga boleh mempelajarinya dan mencipta kehidupan impian anda. Dipenuhi dengan alat praktikal dan strategi transformasi, \u003ci\u003eThe Wealth Money Can't Buy\u003c\/i\u003e menawarkan sebuah falsafah dan pendekatan yang mampu mengubah hidup untuk menikmati kehidupan yang benar-benar kaya—sarat dengan kekuatan jati diri, keaslian yang luar biasa, kerja yang mendamaikan jiwa, dan gaya hidup yang membuatkan anda akhirnya merasakan bahawa tuah akhirnya kini menyebelahi anda.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Acepremier Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48389177770141,"sku":"9786297809632","price":55.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/the-wealth-money-cant-buy-8-tabiat-tersembunyi-untuk-menjalani-kehidupan-paling-kaya-edisi-bahasa-melayu","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}