{"product_id":"think-again-fikirkan-semula-kuasa-mengetahui-apa-yang-anda-tidak-tahu-edisi-bahasa-melayu","title":"Think Again (Fikirkan Semula): Kuasa Mengetahui Apa yang Anda Tidak Tahu (Edisi Bahasa Melayu)","description":"\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eAdam Grant merupakan penulis buku terlaris \u003cem\u003eNew York Times\u003c\/em\u003e seperti \u003cem\u003eHidden Potential\u003c\/em\u003e dan \u003cem\u003eGive and Take\u003c\/em\u003e membincangkan seni penting dalam berfikir semula kemampuan untuk mempersoalkan pendapat sendiri dan membuka fikiran kepada pandangan orang lain yang boleh menjadi kunci kejayaan dalam kerjaya dan kebijaksanaan dalam kehidupan.\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eLazimnya, kebijaksanaan ditafsirkan sebagai kebolehan untuk berfikir dan belajar, tetapi dalam dunia yang sentiasa berubah pantas, terdapat kemahiran kognitif lain yang mungkin lebih penting kemampuan untuk berfikir semula dan melepaskan apa yang pernah kita pelajari. Dalam kehidupan harian, ramai di antara kita lebih selesa dengan kepastian yang menenangkan daripada ketidakpastian yang mencabar. Kita cenderung memilih pendapat yang menguatkan perasaan selesa berbanding idea yang menuntut kita berfikir secara mendalam. Kita menganggap perbezaan pendapat sebagai ancaman kepada ego bukan sebagai peluang untuk belajar. Kita dikelilingi oleh orang yang sependapat dengan kita, sedangkan seharusnya kita lebih terbuka kepada mereka yang mencabar cara kita berfikir. Akibatnya, kepercayaan kita menjadi rapuh sebelum tubuh kita. Kita sering berfikir seperti pendakwah yang mempertahankan kepercayaan sendiri, pendakwa raya yang cuba membuktikan pihak lawan salah dan ahli politik yang berkempen untuk meraih sokongan, namun terlalu jarang seperti saintis yang mencari kebenaran. Kebijaksanaan bukanlah penyelesaian mutlak malah boleh menjadi beban semakin pandai kita berfikir semakin sukar untuk kita mengubah fikiran. Semakin cerdas kita semakin buta kita terhadap batasan sendiri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAnda akan mempelajari bagaimana juara debat antarabangsa memenangi hujah, seorang pemuzik kulit hitam memujuk peminat kulit putih untuk meninggalkan kebencian, seorang pakar vaksin meyakinkan ibu bapa yang bimbang untuk memberi imunisasi kepada anak mereka, dan bagaimana Adam berjaya membuat peminat Yankees menyokong Red Sox. Buku \u003cem\u003eThink Again\u003c\/em\u003e membuktikan bahawa kita tidak perlu mempercayai segala yang kita fikirkan atau menerima bulat-bulat semua yang kita rasa. Buku ini mengajak kita untuk melepaskan pandangan lama yang tidak lagi berguna dan mengutamakan kelenturan minda berbanding konsistensi yang buta. Jika ilmu adalah kuasa, maka mengetahui apa yang kita tidak tahu adalah kebijaksanaan sejati.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eDimensi:\u003c\/strong\u003e 14.8 x 1.7 x 21 cm\u003c\/p\u003e","brand":"Acepremier","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47049856024733,"sku":"9786297809052","price":49.9,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297809052.webp?v=1754275815","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/think-again-fikirkan-semula-kuasa-mengetahui-apa-yang-anda-tidak-tahu-edisi-bahasa-melayu","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}