{"product_id":"tiada-noktah-cinta","title":"Tiada Noktah Cinta","description":"\u003cp\u003eJika cinta begitu menyakitkan, lebih baik sekiranya ia tidak wujud.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBAGI Jasmeen, lelaki dan cinta memang tak ada dalam kamus hidupnya. Entah kenapa dia begitu ‘anti’ dengan insan yang bergelar lelaki. Lagi-lagi lelaki spesies mulut manis dan playboy. Memang minta simpanglah lelaki jenis mulut terlebih gula muncul dalam hidupnya. Tapi… Tapi… Yang tak nak tulah yang berlaku dalam hidupnya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun laluan jalan cintanya tidak mudah. Dalam merenda cinta, pasti ada dugaan dan halangan. Jasmeen terpaksa berhadapan semua itu setabah mungkin sehingga dia lelah dan ingin melarikan diri sejauh mungkin.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003eAbang hanya nak mempermainkan perasaan Meen. Abang ingat Meen ini anak patung ke? Dipermainkan dan dibuang sesuka hati? Abang ingat Meen perempuan murah?”\u003c\/em\u003e – JASMEEN\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Tolong percaya pada abang. Abang ikhlas sayangkan Meen.”\u003c\/em\u003e - AMSYAR\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Maaflah. Kepercayaan Meen pada abang hanya tinggal di hujung kuku.”\u003c\/em\u003e – JASMEEN\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAmsyar tersepit dengan jasa dan pengorbanan Nenek Timah yang mahukan kebahagiaannya dengan gadis pingitan sebelah rumah. Tapi Amsyar bulatkan hati, demi Jasmeen, dia sanggup buat apa saja. Namun bukan itu jalan takdirnya…\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Doktor kata Aini hanya akan hidup tiga bulan sahaja paling lama.”\u003c\/em\u003e - AINI\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Ya, Aini. Kau harus segera ke hospital. Kanser kau akan merebak dengan cepat kalau tak berubat.”\u003c\/em\u003e - AMSYAR\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Kalau abang nak Aini berubat, sanggup ke abang tinggalkan Kak Jasmeen?”\u003c\/em\u003e – AINI\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eWalaupun Amsyar menjanjikan segunung harapan, Jasmeen tidak berani mengambil risiko. Dia takut dilukai dan melukakan. Akhirnya Jasmeen nekad, dia tidak akan menoleh ke belakang lagi, biar semuanya tinggal kenangan. Namun siapa dapat menegah hati daripada mengingati dan merindui? Semakin lama rindu itu makin menyeksa.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApakah Jasmeen akan kembali? Ke pangkuan siapakah dia akan melabuhkan cintanya yang tiada noktah?\u003c\/p\u003e","brand":"Karya Seni","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46096360308893,"sku":"9789674692162","price":25.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789674692162.jpg?v=1741226224","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/tiada-noktah-cinta","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}