{"product_id":"tiada-yang-kecil-di-sisi-tuhan","title":"Tiada Yang Kecil di Sisi Tuhan","description":"\u003cp\u003eDinamakan surah 'semut' kerana tiada yang kecil di sisi Tuhan. Makhluk yang kerdil dan boleh dipijak manusia tanpa rasa bersalah, tiba-tiba bertukar menjadi 'guru' pada Nabi Sulaiman a.s. dan penyebab pada dua empayar gergasi iaitu Palestin dan Saba' bergabung.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKisah-kisah al-Quran bukan sekadar kisah sejarah yang diperbetulkan semula selepas begitu banyak pendustaan dimasukkan dalam kitab-kitab suci terdahulu. Bahkan kisah-kisah al-Quran adalah kisah yang hidup dan memimpin kehidupan masa sekarang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKarya ini digarap penulis selepas berkecimpung dalam dua dunia sekaligus iaitu dunia tafsir al-Quran dan dunia pengendalian latihan. Sepuluh tahun lepas, penulis membawa tokoh dari tahun 1453 Masihi, Sultan Muhammad al-Fateh, pembuka Konstantinopel. Namun kali ini, penulis menemui khazanah yang lebih menakjubkan dari gaya penceritaan al-Quran pada kisah Nabi Sulaiman.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi akhirnya, selepas mengkaji dan menulis karya ini, penulis meyakini bahawa keseimbangan antara nilai integriti dan kompetensi, antara nilai Ibadah dan nilai khalifah, 'hasanah' di dunia dan 'hasanah' di akhirat, kita sangat memerlukan kisah Nabi Sulaiman dalam Surah al-Naml. Bacalah, kajilah, hayatilah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Paradigma Ibrah Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47446461153437,"sku":"9786299504856","price":39.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786299504856.jpg?v=1765424531","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/tiada-yang-kecil-di-sisi-tuhan","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}