{"product_id":"titik-bahagia-selamanya","title":"Titik Bahagia Selamanya","description":"\u003cp\u003eDia tidak pernah meminta jalan yang mudah, tetapi dia memohon hati yang tetap ikhlas untuk terus bertahan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi hujung lelahnya, dia juga hampir menyerah. Namun, satu nama yang tersimpan kemas di dalam hati membuatkan dia memilih untuk terus berjalan meniti garis kehidupan yang telah tertulis untuknya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePertemuan demi pertemuan dengan seseorang membuka lembaran baru yang tidak pernah dia jangka. Dua hati yang pernah berjanji untuk terus berjuang membawa sebuah kisah yang perlahan-lahan menyatukan mereka.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"Awak sudi nak jaga abi saya kalau saya meninggal dulu suatu hari nanti?\" - Warda Sumayyah\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHadirnya seseorang membawa sinar yang tidak pernah dia jangka. Sebuah harapan bahawa bahagia itu juga mungkin miliknya. Ikhlasnya sederhana dan sebuah bukti bahawa bertahan itu lebih indah apabila dilakukan bersama insan yang tepat.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"Mungkin aku tak sempurna seperti lelaki lain, tapi aku ikhlas untuk berada di sisi kau, walau apa pun yang akan terjadi nanti.\" - Muhammad Sulaiman\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePerjalanan hidup mereka tidak pernah mudah. Luka demi luka datang tanpa belas, memaksa mereka belajar tentang menerima, tentang kehilangan dan tentang mencintai dalam diam yang penuh keikhlasan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun, tidak semua hati mampu bertahan. Apabila harapan semakin pudar. Sulaiman hampir memilih untuk menyerah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"Jangan fikir tentang kematian lagi, Sulaiman... Tolonglah, jangan kalah lagi.\" - Hilal\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun, takdir tidak pernah bertanya sebelum merampas. Janji yang lahir daripada keikhlasan, mula retak apabila kehilangan menjadi kenyataan. Apabila cinta diuji dengan perpisahan, dan kesetiaan diuji dengan penderitaan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJika bahagia itu hanya sebuah titik kecil dalam lautan luka, mampukah mereka bertahan? Atau titik bahagia itu akan hilang sebelum sempat dirasakan?\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"Sampai bertemu di titik takdir terbaik menurut Allah.\"\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Fajar Pakeer","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47841557577885,"sku":"9789838223812","price":32.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789838223812.jpg?v=1776669443","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/titik-bahagia-selamanya","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}