{"product_id":"turath-ya-allah-izinkan-aku-kembali-mencari-mu-dan-menemui-diriku-sendiri-2026","title":"Turath: Ya Allah Izinkan Aku Kembali: Mencari-Mu dan Menemui Diriku Sendiri","description":"\u003cp\u003ePernahkah kita rasa jauh daripada Allah, walaupun dahi masih mencecah sujud dan lisan masih menitip doa? Seolah-olah ada tembok yang menghalang kemanisan iman; sedang kita tahu Allah tidak pernah jauh, hanya kitalah yang perlu mula melangkah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuku ini adalah sebuah rangkaian proses untuk pulang menemui ketenangan hakiki. Ia tidak datang untuk menghukum, tetapi menemani jiwa yang lelah mencari jati diri sebenar. Intipati buku ini diadaptasi daripada karya agung empat imam besar sebagai panduan rohani yang membimbing kita melalui empat fasa transformasi jiwa:\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e• \u003cstrong\u003eFasa Kesedaran: \u003c\/strong\u003eMenyingkap kelalaian hati dan muslihat dunia yang meragut ketajaman mata hati. (\u003cem\u003eSayd al-Khatir\u003c\/em\u003e – Ibnu al-Jauzi)\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e• \u003cstrong\u003eFasa Pemurnian:\u003c\/strong\u003e Membina semula hubungan dengan Ilahi melalui mujahadah serta kemanisan zikir dan tauhid. (\u003cem\u003eTasfiyat al-Qulub\u003c\/em\u003e – Ibnu Juzay)\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e• \u003cstrong\u003eFasa Penyembuhan:\u003c\/strong\u003e Merawat luka hati akibat dosa dan fitnah melalui penawar ilmu serta amal soleh. (\u003cem\u003eTibb al-Qulub\u003c\/em\u003e – Ibnu al-Qayyim)\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e• \u003cstrong\u003eFasa Persediaan:\u003c\/strong\u003e Mempersiapkan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak demi sebuah kepulangan yang indah ke sisi Ilahi. (\u003cem\u003eAl-Zahr al-Fa’ih\u003c\/em\u003e – Ibnu Al-Jazari)\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePerubahan tidak perlu bermula dengan sempurna, cukup sekadar sebuah kejujuran. Kerana Allah sentiasa menunggu, dan langkah pertama untuk pulang... bermula di sini.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"PTS Publishing House","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48161258274973,"sku":"9786294932319","price":30.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/Kaver_Ya_Allah_Izinkan_Aku_Kembali_2.png?v=1779952453","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/turath-ya-allah-izinkan-aku-kembali-mencari-mu-dan-menemui-diriku-sendiri-2026","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}