{"product_id":"umar-al-mukhtar","title":"Umar Al-Mukhtar","description":"\u003cp\u003eDalam satu pertempuran, bendera Itali jatuh ke bumi. Lantas Umar mengambilnya, kemudian beliau serahkannya kepada pihak Itali dengan katanya: \"Libya ini negeri kami dan yang ini negeri kamu\". Meskipun seketat mana permusuhan, namun kira bicara di antara manusia, harus ditegakkan di atas dasar moral kemanusiaan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSatu ketika, Umar al-Mukhtar menangis kerana kewafatan isterinya. Bila ditanya kenapa kamu menangis. Jawab beliau: Sebenarnya selepas setiap kali pertempuran aku kembali ke khemahku, isteriku akan menyelak tabir khemah untuk aku masuk ke dalam. Tanyaku kepadanya kenapa kamu selalu mengangkat tabir khemah untuk aku masuk? Jawab isterinya: Supaya tuan hamba tidak tunduk kepada sesiapa atau dengan apa pun.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePernah seseorang berkata kepada Umar: Itali mempunyai kapal terbang tempur, kita tidak memilikinya, tanya Umar al-Mukhtar: Adakah mereka terbang di 'Arasy Allah atau di bawahnya? Jawab mereka: Di bawahnya. Maka kata beliau: Allah di atas 'Arasy bersama kita dan yang dibawahnya tidak mungkin menggertak kita. Antara kata hikmah Umar al-Mukhtar: \"Penjajah berupaya mengalahkan kita, apabila mereka membolos masuk ke dalam jiwa dalaman kita\".\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKata beliau lagi: \"Kita tidak akan menyerah, ia sama ada kita menang atau kita mati, namun itu bukan kesudahannya, tapi kamu berkewajipan memerangi generasi penjajah yang akan datang dan yang seterusnya, ada pun aku dengan usiaku ini lebih lestari dari usia pembunuhku\".\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Terbitan Dewan Pustaka Darussofiah","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47360647200925,"sku":"9786299873235","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786299873235.jpg?v=1765251734","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/umar-al-mukhtar","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}