{"product_id":"velvet-cage","title":"Velvet Cage","description":"\u003cp\u003eYang paling terlihat lembut itu selalunya menyimpan dendam yang paling besar. Chanelsyn R percaya bahawa hidupnya bakal sempurna. Dia ada Eezraf, lelaki yang dia cintai, lelaki yang berjanji akan menjaga hatinya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDia berpindah ke studio pangsapuri baharu. Memulakan hidup baru, dengan jiran-jiran baik dan tuan rumah yang bernama Jinric, lelaki seperti di manhwa atau k-drama yang membuatkan hatinya sentiasa berfikir mengapa lelaki ini tiada cacat cela?\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eKehidupan kita, kebahagiaan kita ni bergantung kepada mindset kita.\u003c\/em\u003e\" – Lucius\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun kebahagiaan itu hanya sementara kerana dunia sedang menyembunyikan sesuatu yang jauh lebih gelap. Kes penculikan kanak-kanak perempuan mula berlaku di setiap negara. Wanita-wanita di tempat kerjanya hilang tanpa jejak secara tiba-tiba.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMalam-malamnya dipenuhi dengan rasa seperti ada yang memerhati... seolah-olah ada seseorang menceroboh studio kecil miliknya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSemuanya mulai berkait apabila dia menemui sebuah buku usang bertajuk \u003cem\u003eThe Darkest File\u003c\/em\u003e, yang lengkap dengan tanda tangan penulis dan satu nota misteri:\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“History will repeat itself.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eChanelsyn tidak tahu, mereka sedang dikawal oleh satu organisasi gelap yang mahu menghapuskan seluruh kewujudan wanita di pulau Azaroth.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eMulai sekarang kau ialah R, bukan lagi Chanelsyn.\u003c\/em\u003e” – Lyan\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSaat Chanelsyn dijatuhkan berkali-kali oleh orang yang dia percaya. Chanelsyn R hanya ada ada dua pilihan: sama ada dia perlu bangkit, atau lenyap bersama sejarah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eSetiap orang yang pernah khianati aku... aku bagi mereka kematian yang sesuai dengan dosa mereka.\u003c\/em\u003e” – R\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Rinsya Chasiani Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47713401405597,"sku":"9789672813781","price":33.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789672813781.webp?v=1773209529","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/velvet-cage","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}