{"product_id":"zeanissa","title":"Zeanissa","description":"\u003cp\u003eReality Show?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHati Zeanissa mendongkol geram apabila mendapat tahu cadangan Tengku Fatma menjadikan dia sebagai personal branding Kota Pualam tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Sudah puas mengelak, tetapi akhirnya dia terpaksa akur atas arahan bapanya, Tan Sri Aziz.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDan hatinya semakin panas apabila bertemu empat mata dengan direktor program, Eldar Haiyan si perengus yang menentang egonya. Tidak pernah lagi ada manusia yang keras melawan kata-katanya selama ini.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"Since you're not happy, \u003cem\u003edan tak boleh berurusan dengan saya, apa kata kita batalkan sahaja. Boleh awak terangkan pada Tan Sri Aziz?\u003c\/em\u003e I would love to see how you do it.\" - Zeanissa\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\"\u003cem\u003eTapi setahu saya rancangan ini sudah dipersetujui oleh Tan Sri Aziz. Kalau mahu saya mengalah dan tarik balik persetujuan untuk rancangan ini\u003c\/em\u003e, sorry. I'm not going to.\" - Eldar Haiyan\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eZeanissa si diva, dan Eldar yang bengis.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMelalui rancangan realiti ini, Eldar tahu bahawa ada sesuatu yang Zeanissa sorokkan. Dan keinginannya yang mahu melindungi Zeanissa semakin memuncak apabila dia mengenali tunangan Zeanissa, Amri Amrullah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDia pasti, Zeanissa dan dia sependapat; mereka membenci orang yang sama.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"Little Jea... I have one crazy idea...\" - Eldar Haiyan\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApa sebenarnya yang Zeanissa sorokkan selama ini? Dan setujukah Zeanissa dengan idea gila Eldar itu?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eDimensi:\u003c\/strong\u003e 13.34 x 20.32 cm\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Ink Loaf Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46139850260637,"sku":"9786299888642","price":40.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/Zeanissa.jpg?v=1754993725","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/zeanissa","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}