Wahai Orang Yang Berselimut

ISBN: 9789673888177
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Telaga Biru Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 168

Surah al-Muddatstsir merupakan surah yang sering dikaitkan dengan persamaannya dengan surah sebelum, Surah al-Muzzammil dari sudut makna yang membawa erti “orang yang berselimut”. Tidakkah anda tahu makna orang yang sedang berselubung atau berselimut menjadi analogi kepada pendakwah bahawa kebenaran itu tidak akan tersingkap jika pendakwah itu berlama-lamaan terperangkap dalam selimut ketakutan.


KELEBIHAN BUKU INI:

  1. Tadabur surah al-Muddatstsir secara ringkas, tetapi sarat dengan ilmu, fakta dan kupasan.
  2. Dilengkapkan dengan infografik dan inti pati surah pada setiap hujung bahagian bagi membantu menambahkan kefahaman pembaca.
  3. Pembaca boleh mengingat fakta menggunakan kod bernombor.
  4. Disediakan kompas pada awal bahagian yang memandu pembaca untuk kekal fokus kepada ayat al-Quran dan tema yang sedang dikupas.
  5. Inti sari keseluruhan surah dinyatakan dalam bentuk “ring composition”, hasil
    tadabur penulis terhadap surah ini.
  6. Kesimpulan surah disampaikan dalam bentuk akronim, memudahkan pembaca
    fokus kepada isi penting surah 
    tadabur penulis terhadap surah ini.


Antara isi menarik buku ini:

  • 4 perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW agar menang dengan seruan dakwah.
  • 6 punca penentangan ke atas dakwah Rasulullah SAW zaman-berzaman.
  • 3 bentuk respons musuh terhadap al-Quran.
  • 5 sifat utama Neraka Saqar kepada kumpulan penentang dakwah dan al-Quran.
  • 4 sasaran penceritaan Neraka Saqar.
  • 3 objek sumpah yang digunakan oleh Allah SWT sebagai pembuktian kebenaran Neraka Saqar dan hari pembalasan.
  • 4 kelakuan utama sebagai penyebab seseorang dihumban ke Neraka Saqar.
  • 4 sikap kaum kafir meskipun selepas diturunkan surah al-Muddatstsir terhadap mereka.


USTAZ MUHAMMAD SYAARI AB RAHMAN
Anak kelahiran Tumpat ini merupakan lulusan Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memiliki pengalaman lebih dari enam tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Pernah dijemput sebagai panel dalam rancangan Positif (TV3), Salam Muslim (Astro Oasis), Assalamualaikum (TV Al-Hijrah) dan panel tetap selama empat tahun di segmen Ibrah kendalian Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM. fm).

Beliau telah menerima pengiktirafan Successful People in Malaysia, Britishpedia pada tahun 2021.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)