Sebuah buku yang mendedahkan kefahaman yang selama ini telah ditelan oleh masyarakat kita dek kerana percaya bulat bulat terhadap sesuatu sumber tanpa mengkajinya terlebih dahulu. Seringkali manusia biasa yang lemah akan percaya terhadap apa yang diucapkan oleh penceramah atau tulisan dalam sesuatu buku atau kitab. Maka, buku ini kembali menunjukkan salah faham yang telah berlaku sebelum ini. Buku ini bagus dalam merubah kembali tanggapan Kita yang sebelum ini mungkin tersalah anggap terhadap sesuatu perkara. Buku yang bagus untuk rujukan Dan panduan.