His Princesa

ISBN: 9789838223720
Checking local availability
RM32.00
Product Details

Publisher,Fajar Fakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 633

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Di tengah fatamorgana kehidupan, langkah mereka bersilang secara tidak sengaja. Entah itu takdir atau isyarat, rasa yang lahir sejak saat itu perlahan-lahan tumbuh, bersedia mengubah hidup mereka selamanya.

Seorang lelaki yang tidak pernah merancang untuk jatuh cinta mendapati seluruh hidupnya berubah apabila Imani hadir, menyentuh hatinya tanpa dia sedari.

Terlahir sebagai Princesa yang tidak pernah dianggap Puteri, Imani tetap berdiri teguh di tengah badai. Di sebalik senyuman lembutnya, tersembunyi hidup penuh tekanan, rahsia keluarga, dan bahaya yang menjadi bayangan—mengikuti setiap langkahnya.

Pertemuan mereka menyalakan harapan, namun perjalanan hidup tetap menyimpan kejutan yang tidak mudah dijangka.

"Saya tak sesuai untuk awak. Status kita terlalu berbeza. Saya takut awak akan sakit bersama saya. Saya tak mahu percayakan sesiapa lagi." – Imani

Dia bukan lelaki yang tewas. Cintanya tidak pernah pudar. Dia sanggup menempuh segala risiko, demi melindungi seorang Princesa…

Namun, kedamaian hanyalah bayangan. King muncul sebagai sisi gelap yang mengancam segalanya, sementara Mimi Qistina kembali, membawa tipu muslihat yang meruntuhkan dunia Aidan.

Kau tunggu… kau belum kenal siapa aku. Siapa yang cuba ambil apa yang aku mahu… dia kena sedia hancur sekali dengan aku. – Mimi Qistina

Aidan harus memilih: menentang sisi gelap dalam dirinya, atau kehilangan seseorang yang kini menjadi penjaga hatinya.

“Because you matter to me. I will protect you, whatever the price, whatever the storm. Eres mi vida… kau adalah nyawaku.” – Aidan

Akankah kegelapan masa lalu menelan kebahagiaan mereka… seperti nada terakhir pada piano yang terus bergema di tengah jalan yang tiada simpangnya?

Mampukah seseorang belajar mencintai dirinya sendiri terlebih dahulu, dan menjadikan luka yang lalu sebagai kekuatan untuk terus melangkah?

"Love yourself before you love me. Use what happened to keep moving forward—that means you’re strong."