Nasib Cikgu Sam Masuk Kampung

ISBN: 9786299465126
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,RUMAA Books/Novel IMAN
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 458

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

“Se’tut?”

“Eh, saya tak kentut!” balas Sam.

“Se’tut tu maksudnya sedap.”

Habis Sam digelakkan beramai-ramai.

Semenjak bertugas di Pos Besau, berkali-kali dia ditertawakan gara-gara gagal memahami bahasa Semai. Semuanya haru-biru untuk Cikgu Sam; sudahlah seorang anak bandar, lurus bendul pula orangnya.

Air matanya nyaris tumpah mengenangkan pancaroba pada hari pertama; tayar bocor, rantai motosikal putus, jatuh tergolek kerana terlanggar lubang, brek tercabut, tersalah jalan dan macam-macam lagilah.

Niat Sam sebenarnya begitu tulus dan murni; dia datang untuk mengajar. Namun minggu pertama masuk ke kelas, Sam sudah sakit kepala menghadap perangai anak-anak murid yang aneh.

"Cikgu, cikgu dah ketegur dengan nyanik. Hantu! Satu sekolah dah tahu."

"Hesy, sabar sajalah cikgu dengan kamu ni!"

Baru sahaja dia membiasakan diri, tiba-tiba Kampung Pos Besau gempar akibat kes kehilangan duit secara misteri. Lebih parah lagi, suspeknya adalah anak murid Cikgu Sam sendiri.

Adakah Cikgu Sam dapat menyelesaikan misteri kecurian tersebut, sekali gus menjadi pendidik yang dia bayangkan?