Hayya & Larlaith

ISBN: 9786299212843
Checking local availability
RM55.00
Product Details

Publisher,Hudanajwa
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 520 g
No. of Pages, 650

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Hayya Nur Laksha tidak pernah merancang untuk jatuh cinta ketika dia menyambung pelajarannya di Stanford, lebih-lebih lagi kepada seorang lelaki berbeza agama seperti Larlaith Nathaniel Halston.

Semuanya bermula dengan sebuah peta yang terbalik, sebuah basikal hitam dan satu huluran tangan yang tidak pernah disambut.

 

 “I’m Larlaith. Larlaith Nathaniel Halston.”- Larlaith Halston

“I'm sorry. In my religion…I don't shake hands with men who aren't mahram.”- Hayya Laksha

 

Larlaith tidak tersinggung, tidak mempersoalkan dan tidak juga mentertawakannya. Sebaliknya, lelaki itu menarik semula tangannya sebelum meletakkannya di dada.

 

“No, don't apologize. Thank you for telling me.”- Larlaith Halston

 

Sejak hari itu, Larlaith perlahan-lahan menjadi seseorang yang terlalu sukar untuk Hayya abaikan. Dia muncul bersama kamera analognya, Bahasa Melayu yang sering bertukar menjadi Bahasa Indonesia dan senyuman yang menyakitkan hati yang entah bagaimana akhirnya menjadi sebahagian daripada hari-hari Hayya.

Larlaith menyimpan Hayya melalui setiap gambar yang diambilnya dan Hayya pula tanpa sedar memenuhi sketchbook kulit coklatnya dengan lelaki yang sama.

Di antara studio seni, perpustakaan, piano, muzium, kopi, matcha dan perjalanan berbasikal mengelilingi Stanford, persahabatan mereka perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang tidak lagi mampu dipanggil sekadar persahabatan.

Tetapi Hayya seorang Muslim dan Larlaith seorang Kristian.

Di leher Larlaith sentiasa ada rantai salib perak pemberian ibunya, sementara tudung yang dipakai Hayya merupakan sebahagian daripada agamanya yang tidak pernah mahu dikorbankannya.

Mereka tahu sejak awal bahawa mereka berbeza. Mereka cuma tidak pernah menyangka perbezaan itu akan terasa begitu kecil ketika mereka sedang jatuh cinta.

 

“I don’t need you to become someone else so I can love you.”- Larlaith Halston

 

Maka mereka memilih untuk mencuba tanpa meminta sesiapa menukar agama, tanpa meninggalkan prinsip dan tanpa sentuhan yang melanggar batas Hayya.

Hanya dua orang yang percaya bahawa selama mereka saling menghormati, mungkin cinta mereka masih mempunyai tempat untuk wujud sehinggalah Stanford tidak lagi menjadi satu-satunya dunia mereka.

Apabila persoalan tentang keluarga, agama dan masa depan mula muncul, Hayya dan Larlaith terpaksa berhadapan dengan satu pertanyaan yang selama ini terlalu takut untuk mereka tanyakan.

Adakah mencintai seseorang seadanya cukup apabila masa depan meminta lebih daripada sekadar cinta?