Isteri untuk Diiktiraf (Novel Adaptasi)

ISBN: 9789672116127
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 580 g
No. of Pages,

“Awak ni dah gila ke apa? Saya pun tak inginlah nak kahwin dengan awak ni. Sudahlah perangai macam harimau, muka macam burung belatuk. Memang malang betul!” – Safiyya

“Eh, sekali aku petik jari, berduyun perempuan yang datang tahu. Tak adalah aku nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.” - Tengku Wildan

Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati. Tetapi, bila lelaki itu meroyan tiba-tiba, dia mula pening kepala.

Customer Reviews

Based on 7 reviews
100%
(7)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
I
Ira
Isteri Untuk Diiktiraf (Novel Adaptasi)

Sebuah novel percintaan yang best.Jalan cerita yang menarik penuh dengan kisah kekeluargaan.Novel yang best dibaca tidak membosankan pembaca.

N
Nawal fakiah
Menarik

Sebuah novel pencintaan yang best dan menarik cerita yang penuh dengan kisah kekeluargaan novel yang best untuk dibaca tidak membosankan kepada pembaca keseluruhan cerita yang best

A
Amy ezaty
Isteri untuk diiktiraf

Sebuah novel percintaan yang best. Permulaan yang agak kliser tapi pertengahan yang menarik yang diteruskan dengn pengakhiran yang sangt di nantikan iaitu happy ending. Very enjoy reading.

S
Siti Fadzillah
Isteri untuk diiktiraf

Tanpa isteri siapalah suami..walaupun mulanya tak sehaluan akhirnya mereka mendapat persefahaman antara satu sama lain..jalan cerita yang menarik untuk dibaca✨

r
rasyidah
worth reading

Saya suka watak Safiyya. Walaupun digambarkan kolot tapi dia berani. Tak mudah kena buli. Demi sayangkan atuknya, sanggup berkorban kahwin dengan lelaki yang tak dicintai.