Seni Untuk Berani Bersemuka

ISBN: 9786297722443
Checking local availability
RM49.00
Product Details

Publisher,Tentang Kita Sdn. Bhd.
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 215 g
No. of Pages, 218

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Setiap kali kita bersuara, kita dianggap mencabar. Setiap kali kita memilih diam, hati pula yang memberontak.

Di tempat kerja, kita takut dilabel sukar diurus.

Dalam hubungan, kita takut melukakan.

Akhirnya, kita memilih untuk memendamkan setiap yang pahit. Perlahan-lahan, hubungan yang kita bina mulai retak.

Bukan kerana pertengkaran, tetapi kerana perkara yang tidak pernah dibicarakan.

Mengapa konfrontasi terasa begitu sukar?

Bukan kerana kita lemah. Tetapi kerana kita ingin menjaga hubungan yang kita sudah bina.

Buku ini menawarkan teknik konfrontasi yang praktikal dan berprinsip untuk membantu kita berkomunikasi dengan jelas, tegas dan matang. Sama ada bersama orang atasan, pasangan, keluarga mahupun sahabat.

Kerana konfrontasi bukan tentang menang atau kalah. Ia tentang keberanian untuk jujur tanpa meruntuhkan hormat.

Dan mungkin, melalui keberanian itu, hubungan yang kita bina tidak lagi sekadar bertahan tetapi benar-benar hidup.