Lord Hades

ISBN: 9789672803850
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

“Lord Hades nak pinang anak raja bunian.” —RAKYAT JELATA

Menurut ramalan Empayar Zerdad, Mors (raja) harus mencari Ortus (pemaisuri) untuk dijadikan isteri. Ortus itulah yang akan melindungi raja suatu hari nanti.

Hades Owais, pewaris takhta Zerdad. Dia adalah Mors, sang kematian. Namun di sebalik gelaran yang mengerikan itu, hanya satu yang dia dambakan, seorang isteri. Mimpi yang menghantuinya setiap malam membuatkan Hades yakin, gadis bermata emas itu ialah Ortus, cahaya yang telah ditakdirkan untuk menyuluh jalannya.

Apa yang lord mahu dari ‘puak murka’ seperti saya?” —LAYESHA AKSARA

Yang aku nak bukan puak murka tapi kau. Yang lain itu bukan kehendak aku. Itu kehendak Raja Zerdad.” —HADES OWAIS

Gadis itu ialah Layesha Aksara, dari ‘puak murka’ yang dibenci kerana menganut agama yang ditolak oleh Raja Zerdad. Demi kerajaan, demi agamanya Aksara berkorban dan menjadi isteri kepada Hades.

Namun, manusia dicipta dengan rasa dan rasa itulah yang perlahan-lahan menjentik hati mereka.

Siapa pun yang cipta kau… pasti DIA melakukannya dengan hati yang penuh cinta. Tak mungkin lahir ciptaan seindah ini dari tangan yang tak mencintai.” —HADES OWAIS

Itu caramu mencintai?” —LAYESHA AKSARA

Raja itu menghancurkan dunia... kerana dunia telah terlebih dahulu merampas isterinya.” —RAKYAT JELATA

Jangan mendekat. Jika kau masih ingin mendekat, pastikan langkah seterusnya adalah sujud di lututku.”—GADIS MISTERI

Antara ramalan yang menghancurkan dan cinta yang berputik, mereka terikat dalam permainan takdir. Adakah cinta mampu menyelamatkan mereka? Atau segalanya akan tenggelam dalam darah dan kehancuran yang telah tertulis?