Reset

ISBN: 9786297693637
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,FIXI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 264

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / NOVEL

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Stay With Me hanyalah sebuah permainan interaktif di telefon - atau sekurang-kurangnya itu yang Emilia percaya. Selepas menamatkan permainan itu, dia sangka segalanya sudah berakhir.

Namun gerak-gerinya terasa diawasi, alat elektronik di sekelilingnya rosak tanpa sebab, dan trauma masa kecil yang belum terungkap kembali menghantui, terutamanya apabila insan tersayang hampir menjadi mangsa kemalangan misteri. Semuanya berlaku seolah-olah Eros, karakter Al dalam permainan itu enggan melepaskannya.

Rakan-rakan Emilia yakin yang Eros telah "hidup" dan kini menjadi punca segala kekacauan. Namun, di sebalik skrin dan kod digital, menanti sebuah kebenaran yang jauh lebih menakutkan. Ketika hidup Emilia terancam dalam bilik kurungan masa lalu, adakah Eros benar-benar bahaya yang harus dihapuskan?

Yang pasti, bila garis antara realiti dan simulasi mula kabur, 'reset' bukan lagi jalan keluar.