[PRE-ORDER] - Badass Wife Ungku Jabbar (Expected 5/5/2026)
Publisher,Ha Novels Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages, 508
Ungku Jabbar
Sejak bergelar anak yatim piatu, hidupnya berubah. Demi Jiyad, Jabbar sanggup berkorban segalanya. Namun kemunculan seorang gadis di sisi Jiyad, buat Jabbar tak senang hati. Dia tahu gadis itu berniat jahat terhadap si adik.
“Perempuan tu tak sekufu dengan kita. Dia tak layak. Kalau sekadar untuk suka-suka dan isi kekosongan masa Jiyad, along benarkan kamu berdua berkawan” – Ungku Jabbar
Itu kata muktamad Jabbar. Dia yakin dengan arahan itu. Jiyad tak akan membantah. Tapi lain pula yang berlaku setelah Jiyad betul-betul tinggalkan gadis itu. Munculnya gadis itu buat hidup Jabbar menjadi huru-hara.
Dia diminta untuk bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Demi menutup aib Jiyad, Jabbar tiada pilihan.
“Sekali kau dah masuk dalam hidup aku, aku akan buat kau menyesal seumur hidup.” – Ungku Jabbar
“Dan saya tak sabar nak masuk dalam hidup Ungku. Pasti menarik bergelar isteri kepada lelaki paling sempurna seperti Ungku Jabbar.” – Nilam
Bergelar suami kepada Nilam tidak semudah yang dijangka. Wanita itu kuat melawan dan sering mencabar kesabarannya. Setiap kali dia mahu mengenakan si isteri, dia pula yang terkena.
“Perempuan macam kau tak layak untuk lahirkan zuriat aku.” – Ungku Jabbar
“Kenapa pula saya tak layak? Saya kan isteri Ungku.” – Nilam
Walaupun hampir setiap hari bergaduh, hati masing-masing sudah mula terusik. Sehinggalah Jabbar mengetahui kenyataan sebenar. Munculnya Jiyad kembali menambahkan masalah dalam rumah tangga mereka.
“Saya akan minta along lepaskan awak. Kita kahwin.” – Ungku Jiyad
“Aku tak bodoh nak lepaskan jerung besar berbanding diri kau yang tak ada apa-apa.” – Nilam
Apakah yang akan terjadi di antara Jabbar dan Nilam selepas kemunculan Jiyad? Dan benarkan di antara mereka hanya perasaan dendam?
