Dendam Bayang (Signed Edition)
Publisher,Manes Wordworks
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 223
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Siapa sangka satu tugasan kuliah menjadi pengalaman tragis buat Hazmi, Balqis, Najmi dan Dahlia. Pensyarah mereka, Dr. Sufi telah memberi satu tugasan pelik yang tidak ada kena-mengena langsung dengan subjek yang diambil. Sebagai pelajar jurusan Sains Biologi, mereka perlu membuat tugasan di sebuah banglo lama dan terpencil.
"Sejak mula-mula Dr. Sufi bagi kita tajuk ni sampai sekarang aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena." —Balqis
Tanpa disedari, satu lembaga serba hitam memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Kelibat bayang hitam itu sentiasa mengekori. Ancamannya berbaur dendam yang tidak mereka duga.
"Kita akan keluar dari sini. Ingat, kalau apa-apa berlaku tolong jangan berpecah." —Hazmi
Kemelut terus melanda. Hazmi hilang tanpa jejak. Najmi terperangkap di dalam banglo itu. Balqis dan Dahlia pula ditangkap oleh sekumpulan Orang Asli ketika cuba mendapatkan bantuan.
"Aku pasti semua ini dirancang atas motif-motif tertentu." —Najmi
"Aku rasa, itu petunjuk bahawa semua ini dirancang rapi oleh dia." —Dahlia
Siapakah lembaga hitam itu? Dapatkah mereka melepaskan diri daripada dendamnya?