Thariq Ridzuwan Commando's : His Treasure
Publisher,IDEA KREATIF
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 778
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
THARIQ RIDZUWAN, seorang tentera di bawah unit khas berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah.
Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang.
HUSNIYA RADWA, gadis dingin dan kasar. Dia juga suka memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih sayang sahabat.
Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang.
“I wish I could tellsomeone the whole story of why I am the way I am.” - Husniya Radwa
Tidak mudah menjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekeliling kerana sikap dinginnya.
“Marry me, Husniya. Let me take care of you. I can't promise to fix all your problem. But I can promise you won't face them all alone.” - Thariq Ridzuwan
Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya dengan penyakitnya dan sentiasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan iagi keadaan.
Mampukah Thariq melindungi isterinya daripada orang yang ingin menjatuhkan wanita itu? Dapatkah dia mempertahankan perkahwinan mereka? Atau ia akan berakhir di pertengahan jalan.