10 Amalan Bijak Wang bersama Daniel dan Dynas mengandungi sepuluh cerita mengenai pengurusan wang yang mudah dan bersesuaian untuk kanak-kanak berumur 6 hingga12 tahun.
Buku ini juga padat dengan tip dan panduan serta aktiviti-aktiviti yang menarik. Pasti kanak-kanak lebih bijak menguruskan wang.
Selamat membaca!
Pilihan Staf:
Menguruskan kewangan dengan bijak merupakan suatu amalan yang penting dan perlu dipupuk sedari kecil lagi. Kemahiran menguruskan wang, sama seperti menjadi ibu bapa, tidak di ajar di sekolah mahupun di universiti. Justeru itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.