10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita
Publisher,PTS Professional Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Wanita memang fitrahnya suka meluah. Mereka gemar berbincang sesama sendiri tentang pelbagai perkara, termasuklah perihal perhubungan, cinta, dan lelaki. Mereka mampu duduk berbincang selama berjam-jam sambil menganalisa hati lelaki yang kononnya begitu kompleks untuk difahami.
Hakikatnya, Lelaki tidak kompleks. Sangat tidak kompleks! Jikalau mereka suka, mereka suka. Jikalau mereka tidak suka, mereka tidak suka. Itu sahaja. Soalnya sekarang, mereka tidak akan beritahu sekiranya mereka tidak punya perasaan, atau tidak cukup suka pada seseorang wanita itu. Mereka lebih suka memilih untuk melakukan perkara-perkara yang akhirnya akan mengelirukan wanita itu sendiri.
Menerusi buku “10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita” ataupun judul asalnya He’s Just Not That Into You, Greg Behrendt dan Liz Tuccillo akan membantu pembaca memahami hakikat apabila seorang lelaki tidak menyimpan perasaan istimewa terhadap seorang wanita.
Selalu dengar ayat ni je bila nk berpisah "Awak terlalu baik untuk saya".. Rupanya tanda2 nk tahu lelaki tidak mencintai kita pon ada.. Ok satu pendedahan yg baru aku belajar dalam buku ni.. Good!
Jika percintaan itu cetek ukurannya, maka saya tidak mahu mendalaminya.
Ianya konsep yang sangat ringkas dan ia meliputi keseluruhan tajuk ini. Tajuk buku ni macam sangat keterlaluan. Tapi dalam realiti sebenarnya bermaksud "dia tidak sebenar-benarnya menjiwai kamu".
Konsep ini sangat penting untuk perempuan muda kerana jika saya menpunyai seorang anak perempuan, saya akan berikan buku ini untuk dia baca sebelum dia masuk ke kolej dan sebagainya. Dari segi lain, mungkin kita perlu mengalami beberapa episod putus cinta untuk "memahami" maksud ini.
Bab yang akhir-akhir seolah-olah boleh langkau saja sebab macam ulang dan ulang idea yang sama. Buku ini boleh dianggap sebagai bacaan ringan. Ia hanya ambil masa beberapa jam saja.
Tajuk buku menarik & straight forward. Isi kandungannya mengandungi maklumat berguna buat para wanita. Recommended buat wanita yang mahu mengenal pasti sama ada mereka dicintai oleh pasangan atau pun tidak.
Sesuai sngat kepada remaja apetah lagi baru putus cinta ah sesuai sngat2 tertarik pulok dgn tajuk buku nie wow
The book's also written in a very humorous, breezy, and clear style. You can read it quickly but the advice will stick with you for many dates to come.