100 Jejak Peribadi Rasulullah

ISBN: 9789678604116
Checking local availability
RM19.90
Product Details

Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Soalan: Pepatah ada mengatakan, “kerana mulut badan binasa.” Adakah pepatah ini ada kaitan  dengan menjaga lidah? Benarkah dikatakan lidah itu punca segala kejahatan?

 

Jawapan: Orang yang sempurna imannya akan sentiasa maafkan dan berdiam diri daripada menyakiti hati orang lain. Apabila kita tidak menyakiti hati orang lain, maka orang lain juga akan bersikap sama seperti kita. Tetapi jika ada yang menyakiti hati kita, itu bererti hatinya bermasalah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh bukhari, “barang siapa yang beriman kepada allah, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”

Apabila memperkatakan mengenai melukai atau menyakiti hati orang lain, ia sebenarnya mempunyai hubungkait dengan peranan lidah. Kata orang, ketajaman lidah untuk menyakitkan hati itu lebih bisa daripada ketajaman mata pedang. Ketajaman lidah tidak perlu diasah tetapi ia bermula daripada hati yang kotor.

 

Ramai orang menerima kesan buruk kerana tidak mampu menjaga lidahnya, tetapi ramai juga yang menjadi mulia kerana hanya kerana lidah. Orang yang seumpama ini mampu mengawal imannya daripada dirosakkan oleh hati. Banyak akibat yang dapat kita lihat dalam kehidupan apabila tidak mampu mengawal lidah. Misalnya berlaku pertengkaran, pembunuhan, fitnah, penipuan dan seumpamanya sehingga dapat merosakkan hubungan persaudaraan yang terbina  sekian lama. Itulah yang dikatakan bahaya lidah lebih bisa daripada mata pedang.

Mungkin ramai di antara kita tidak sedar apabila lidah menjadi punca ramai manusia terlepas peluang memasuki syurga. Kisah yang diceritakan ini sudah tentu menjadi iktibar untuk direnungkan

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)