100 Kalam
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
100 Kalam ialah himpunan ayat-ayat pilihan daripada al-Quran yang disusun khas untuk membantu pembaca memperbaiki bacaan dengan lebih mudah, tersusun dan berfokus.
Setiap kalam dipilih berdasarkan kepelbagaian hukum tajwid asas yang sering ditemui dalam bacaan harian, agar pembaca bukan sekadar membaca tetapi memahami cara sebutan yang tepat. Istimewanya, setiap perkataan dilengkapi dengan kod QR yang boleh diimbas untuk mengakses video pembelajaran, membimbing pembaca mendengar dan meniru bacaan yang sahih secara terus.
Penyampaian dalam gaya ringkas dan praktikal, buku ini sesuai untuk semua peringkat – daripada yang baru belajar hingga yang ingin memperkemaskan bacaan – sebagai langkah kecil menuju bacaan al-Quran yang lebih tartil dan beradab.
* * *
MUHAMMAD SYAZANI BIN JEMY merupakan graduan ljazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Islam di Universiti Islam Madinah. Beliau pernah menjuarai Majlis Tilawah Hafazan al-Quran peringkat Kebangsaan pada tahun 2014, 2015 dan 2017 manakala pada peringkat Antarabangsa tahun 2017 pula beliau telah berjaya mendapat tempat kedua.
Berpengalaman sebagai imam di peringkat antarabangsa, termasuk di Universiti Oxford, beliau memberi penekanan terhadap ketepatan bacaan, penguasaan tajwid dan penghayatan al-Quran secara menyeluruh. Beliau merupakan Muqri' al-Quran dan Qiraat 10, dan kini bertugas di Masjid Negara sebagai Imam Tarawih sejak 2025.