100 Kapsul Istighfar: Menuju Keampunan Ilahi

ISBN: 9789675391385
Checking local availability
RM21.90
Product Details

Publisher,Hijjaz Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

"Dan mohon ampunlah kamu kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepadaNya, pasti Dia memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu yang ditentukan dan Dia memberikan kurniaNya kepada tiap-tiap yang mempunyai kurnia. Jika kamu berpaling sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada yang besar (kiamat)”

(Hud: 3)

'Istighfar' adalah kalimat pendek, tapi maknanya begitu indah dan mendalam dalam hidup seorang hamba. Dalam kalimah istighfar itu terkandung elemen rohani, seperti yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu sesiapa yang melakukan perbuatan keji mahupun menganiaya diri sendiri, hendaklah segera ingat akan Allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya itu.

Selagi ada denyutan nafas, kita sebagai hamba naif tidak lari dari sebarang kekhilafan, sukar terhindar daripada mengulangi kesalahan berulang kali. Jadi, dengan istighfarlah cara mudah untuk kembali kepada Allah, dan menyesali setiap keingkaran.

Istighfar sebenarnya sebagai ibadah kepada umat manusia yang beriman. Sama ada siang atau malam, kalimah suci ini akan melahirkan kesyukuran, kepatuhan, kecintaan selain mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah swt.

Bagaimanakah ucapan istighfar itu? Ucaplah, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullahaladzhim allazi lailahaillahuwalhayyulqayyum waatubuilaih…

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)