114 Kad Pengenalan Surah
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
-
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Setiap surah mempunyai tanda pengenalan masing-masing yang perlu kita ketahui. Maka, buku ini ibarat kit pemula yang diperlukan oleh setiap pencinta al-Quran, tidak kira penghafal, mahupun pembaca atau orang yang mentadabbur isinya.
Justeru, buku yang asalnya ditulis dalam bahasa Arab, kemudiannya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris ini dilengkapkan dengan kemunculan versi bahasa Melayu pula untuk rujukan masyarakat negara ini umumnya. Pengisian yang padat dan ringkas buku ini mampu menarik minat pembaca untuk lebih memahami surah-surah dalam al-Quran.
KELEBIHAN BUKU INI:
• Membantu pembaca atau pelajar mentadabbur apa yang dibaca atau dihafaz.
• Membantu pembaca atau pelajar untuk menekuni hafalan sesuatu surah serta
mendatangkan ayat berserta nombor surah.
• Membakar semangat pembaca atau pelajar untuk beramal dengan apa yang
sahih daripada fadilat surah dan meninggalkan apa yang tersebar dan tidak sabit
daripadanya.
PROF. DR. YASIR BIN ISMAIL RADI
• Prof. Dr. Yasir bin Ismail Radi ialah seorang pensyarah Pengajian Islam dalam bidang
Tafsir al-Quran dan Ulum al-Quran.
• Prof. Dr. Yasir memulakan kerjayanya di UIAM, diikuti oleh Universiti Taibah Madinah
(TUM) di Arab Saudi. Kini, beliau berkhidmat di Kolej Universiti Perlis (KUIPs), Malaysia
sejak tahun 2021.
• Beliau juga merupakan Pengasas dan Editor Pengurusan Jurnal Cherishing the Two
Glorious Revelations (JCTGR). JCTGR ialah sebuah jurnal akademik yang
mengkhususkan penyelidikan yang berkaitan dengan al-Quran dan sunnah.