27 Hari untuk Move On

ISBN: 9789671342831
Checking local availability
RM21.00
Product Details

Publisher,The Booku
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages,

Tumpahan kata yang ditulis ini,
Aku istimewakan buat mereka,
Yang sedang rabak hatinya,
Yang sedang keras jiwanya,
Akibat ditinggal oleh manusia,
Yang dia pernah sayang dan tergila.

Kata-kata ini bisa buat kau buka mata, dan lihat dunia kau belum berakhir jujurnya. Kerna hilangnya manusia melukakan itu, bukannya pengakhiran, tetapi ianya suatu permulaan buat kau lebih ingat Tuhan dan insan yang sentiasa ada.

Selamat Lahir Semula.

27 Hari untuk Move On ini merupakan sebuah warkah ikhlas daripada aku buat insan yang pernah jadi seperti aku pada suatu ketika dahulu. Buku ini dikarangkan buat insan yang sedang bengkak atau retak hatinya dek kerana ditinggal oleh manusia yang dia pernah sayang sepenuh hatinya. Buku ini akan mengajar mereka bahawa, cinta itu penting tetapi ianya bukan segalanya.

Buku ini merupakan satu nafas baru buat insan yang perlukan kekuatan dan sedikit kata penghidup untuk buat dia bangkit dan bisa bahagia seperti manusia lain. Warkah ini juga bertujuan mendamaikan hati yang sedang kosong, marah serta kecewa dengan harapan yang tidak ditunaikan.

Customer Reviews

Based on 4 reviews
75%
(3)
25%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
b
biey
Terbaik!

Sebuah buku puisi yang berbentuk nasihat dalam menghadapi kekecewaan dalam hubungan percintaan dan berdamai dengan takdir yang telah ditentukan olehNya.

s
sitinurkhadijahjaafar
27 Hari Untuk Move On

Sebuah karya yang mengisahkan tentang nasihat yang dititipkan buat pembaca yang mengalami kekecewaan dan kesakitan di Alam percintaan. Penulis juga bercakap bersama pengalaman yang membuatkan pembaca berasa terpujuk dengan segala nasihat yang diberikan. Recommended buat semua yang sedang kecewa.

n
nur syahadah
Bagus

Pada pendapat saya buku ini bukan semata-mata untuk orang putus cinta, buku ini sesuai juga untuk siapa nak move on daripada kawan-kawan yang tinggalkan kita from best friend to stranger ataupun siapa rasa lonely jadi single sedangkan orang lain semua ada pasangan masing-masing. Dalam masa sama penulis ada selitkan kata-kata motivasi untuk saya lebih semangat untuk move on.

n
nur syahadah
Bagus

Pada pendapat saya buku ini bukan semata-mata untuk orang putus cinta, buku ini sesuai juga untuk siapa nak move on daripada kawan-kawan yang tinggalkan kita from best friend to stranger ataupun siapa rasa lonely jadi single sedangkan orang lain semua ada pasangan masing-masing. Dalam masa sama penulis ada selitkan kata-kata motivasi untuk saya lebih semangat untuk move on.