33 Zikir Pelindung Harian: Huraian Zikir Terpilih daripada Kitab al-Azkar Imam Nawawi
Publisher,Buku IMAN
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 239
"Ingatlah Allah ketika kamu berdiri, pada waktu duduk dan ketika berbaring." (Surah al-Nisa': 103)
Sebagai umat Islam, sejak kecil lagi kita telah diajar untuk memperbanyakkan zikir. Bukan setakat untuk meraih pahala, tetapi juga sebagai perlindungan. Allah SWT itu al-Wali dan al-Hafiz; Dialah Yang Melindungi, Menjaga dan Memelihara segala sesuatu.
33 Zikir Pelindung Harian mengajak kita untuk mengamalkan zikir-zikir terpilih daripada Kitab al-Azkar Imam Nawawi — tokoh Islam yang terkenal dengan kewibawaannya dalam bidang agama. Pemilihan huraian zikir turut dilakukan dengan teliti daripada sumber yang dipercayai, untuk kesesuaian masyarakat awam.
“Aku menyusun kitab ini sebagai sebuah ringkasan yang menghimpunkan inti pati daripada apa yang telah disebut oleh para ulama, agar lebih mudah dirujuk oleh mereka yang menginginkannya.” — Imam Nawawi
Menerusi buku ini, kita diajar tentang zikir-zikir yang disandarkan daripada al-Quran dan hadis yang boleh dibaca pada waktu pagi, petang dan malam bagi melindungi diri dan menguatkan hati.
Moga dengan hadirnya naskhah ini, kebergantungan kita kepada Allah SWT semakin kuat apabila kita memahami makna zikir yang sebenar.