Buku ' 35 Resipi Mudah Roti ' ini menyediakan langkah demi langkah untuk menghasilkan pelbagai jenis roti yang lazat dan enak. Turut disertakan juga resipi - resipi asas roti dan inti serta ilustrasi langkah demi langkah yang memudahkan pembaca membuat sesuatu jenis roti. Dengan buku ini, pembaca bukan sahaja dapat menghasilkan roti -roti yang lembut dan sedap, malah membentuk beraneka roti mengikut cita rasa sendiri.