40 Hadith Akhlak Terpuji

Checking local availability
RM40.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / AGAMA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Buku 40 Hadith Akhlak Terpuji ini amat sesuai dibaca dengan merujuk buku Koleksi Hadith Akhlak Terpuji (terjemahan) justeru terdapat beberapa perkara penting yang dapat dimanfaatkan dengan membuat rujukan berkenaan. Sebagai contoh, dalam bahagian Biografi Tokoh-Tokoh Hadith buku terjemahan berkenaan, terdapat bahagian huraian ringkas kehidupan perawi-perawi hadith yang sama sebagaimana yang terdapat dalam buku 40 Hadith Akhlak Terpuji ini. Untuk catatan, bahagian ini telah disiapkan oleh Shaykh Hamza Yusuf dengan bantuan Aaron Spevack di Amerika Syarikat. 

Kita mungkin sudah agak biasa mendengar nama imam-imam terkemuka yang sering kali diskusi-diskusi hadithnya dibicarakan seperti Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan juga Ahmad b. Hanbal. Selain daripada adanya catatan tentang tokoh Imam hadith, bahagian berkenaan (dalam buku terjemahan itu) juga ada memberikan penerangan tentang imam-imam yang bagi sesetengah kita tidak begitu biasa didengari seperti Imam Abu Nu'aym, ad-Daylami, Ibn ad-Daylami, al-Bayhaqı, al-Bazzar, al-Hakim, al-Khatib al-Baghdadi, ar-Rafi'ı, at-Tabaranı, Ibn 'Abd al-Barr, Ibn Abı ad-Dunya, Ibn al-Mubarak, Ibn an-Najjar, Ibn 'Asakır, dan Ibn Hibban.

Sebagai mengakhiri penerangan tentang buku ini, marilah kita sama-sama menyemak semula niat kita dalam melakukan usaha penyebaran ilmu hadith-hadith ini.