40 Kemuliaan Madinah

ISBN: 9786294670242
Checking local availability
RM21.00
Product Details

Publisher,Telaga Biru Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages, 200

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / AGAMA - LAIN-LAIN

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Buku 40 Kemuliaan Madinah ini menghimpunkan hadis sahih tentang bumi Madinah, kota suci kedua umat Islam selepas Makkah, yang menjadi pusat penyebaran dakwah Rasulullah dan lahirnya peradaban Islam awal. Selain membicarakan sejarah dan kedudukan Madinah dalam Islam, buku ini juga mengupas kelebihan menetap di sana, doa-doa Nabi Muhammad untuk kota ini, serta larangan-larangan tertentu yang ditetapkan demi memelihara kesuciannya. Setiap hadis dipersembahkan berserta terjemahan dan huraian ringkas untuk membantu para pembaca memahami keutamaan, keistimewaan dan keberkatan bumi Madinah sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah.

Melalui penyusunan yang teratur dan bahasa yang mudah difahami, buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang kota Madinah, la juga secara tidak langsung dapat menanam rasa cinta yang mendalam terhadap kota yang diberkati ini.