40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa

ISBN: 9789671109069
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa menghimpunkan pelbagai doa seperti yang pernah diberi oleh para nabi dan tokoh-tokoh kegemilangan Islam boleh didapati menerusi buku ini. Antara doa yang terkandung dalam buku ini seperti doa kesembuhan nabi kepada Sayidina Ali, doa awet muda nabi kepada Sayidina Ali, doa keberkatan Rasulullah kepada Anas bin Malik, doa menghindari zina, doa Imam Shafi'i menghadapi Khalifah Harun al-Rashid, doa Zun Nun al-Misri menghadapi al-Mutawakkil dan doa Anas bin Malik menghadapi al-Hajjaj.Pada awal bahagian buku ini kami paparkan 10 tip doa makbul. Ketahuilah cara untuk mendapatkan doa yang akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Misalnya, Ahmad bin Dasah al-Basri menceritakan: Aku telah ditimpa penyakit yang berat sehingga aku telah putus harapan terhadap diriku sendiri. Beberapa orang murid Sahl bin Abdullah at-Tastari telah melawatku. Mereka menyatakan bahawa guru mereka sentiasa berdoa dengan satu doa yang amat mujarab ketika sakit.Begitulah akan kelihatan betapa ajaibnya kesan doa setelah permohonan doa kita termakbul. Juga kita akan mengetahui kisah-kisah yang menarik dan menyayat hati berkaitan dengan keadaan yang kemudian menyebabkan seseorang hamba Allah itu akhirnya pasti akan menadah tangan lalu berdoa. Hal ini kerana sesungguhnya segala macam ujian yang ditimpakan kepada kita adalah untuk kita lebih mengenal Pencipta, tabah menghadapinya, berusaha dan seterusnya memohon doa agar Allah bukan saja memakbulkannya tetapi lebih penting lagi mengampunkan dosa-dosa kita.
Semoga buku ini dapat menyedarkan para pembaca bahawa sesungguhnya Allah amat suka mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)