9 Naga Usahawan
Publisher,Must Read
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Buku ini akan mengupas mengenai sikap masyarakat Melayu terhadap dunia keusahawanan. Kupasan ini bertujuan meningkatkan keyakinan dan semangat untuk menceburkan diri dalam kerjaya yang pernah dipelopori oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
Naga dipilih sebagai ikon kepada keseluruhan buku ini kerana ia merupakan lambang kekuatan. Di dalam mitos lama juga, naga dianggap sebagai binatang yang sangat perkasa. Di samping itu, kita boleh lihat naga juga dijadikan sebagai sandaran dalam cerita-cerita purba untuk mengagungkan watak seseorang pendekar itu. Watak-watak pendekar purba akan menjadi hebat sekiranya mereka mampu menewaskan naga.
Sehubungan itu, pemilihan ikon ini adalah bagi melambangkan sembilan perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan, khususnya mereka yang giat membangunkan perniagaan dengan penuh kepayahan.
Staff Review:
Sebuah buku yang amat sesuai bagi perancang strategi pemasaran sesebuah organisasi. Penggunaan bahasanya disusun rapi bagi memudahkan pemahaman dan menjadikan konsep 9 Naga Pemasaran amat mudah difahami dan dipraktikkan.
Tambahan lagi, pengalaman penulis di dalam bidang pemasaran menjadikan buku ini wajib dimiliki bagi usahawan kerana pemasaran merupakan elemen terpenting sesebuah perniagaan.