My Scrapbook

ISBN: 9789672803287
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

“Abang dengar ada orang termimpi-mimpi di malam hari.” Naim mendekatkan wajah ke arah Asla. Nampak seperti berbisik. Tapi suaranya jelas didengar oleh Muiz dan Ima sehingga mereka berdua membuat gaya menyampah. Sedar yang Naim dan Asla sengaja mahu menunjuk-nunjuk kemesraan antara mereka suami isteri. Sekadar bergurau mengusik mereka yang masih bujang. “Orang kata… life end when you stop dreaming,” balas Asla tersenyum-senyum. Dia perasan reaksi Ima dan Muiz memandang mereka berdua. “Itu berangan. Bukan mimpi indah yang datang menemani tidur.” Naim sudah boleh agak jawapan Asla. Dia punya putar belit ayat, sampai orang lain boleh jadi keliru mendengarnya. “Sweet dream dan day dreaming tu dua perkara yang berbeza, Puan Asla oi!” sampuk Ima. “Orang kata, bermimpilah dalam hidup jangan hidup dalam mimpi. Sebenarnya day dreaming lah yang membolehkan kita dapat sweet dream. Itulah teori mimpi indah.” Mana mahu Asla mengalah dengan teori yang dia cipta sendiri. “Whatever lah, Asla. Bolehlah kau buat scrapbook tentang mimpi pula,” balas Ima. Setiap kali perkataan scrapbook disebut, fikiran Naim tetap melayang kepada scrapbook yang tersorok di dalam laci putih di bilik Asla. Hati dia bagai ditarik-tarik untuk melihat isi kandungan scrapbook itu. Tapi melihat Asla yang ada di hadapan matanya sekarang, dia rasakan yang dia tidak perlu kisahkan lagi scrapbook lovely lace itu.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)