Ubat Cinta
Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Nayla yang peramah. Ezra yang kaku. Bila dua orang manusia ini bertemu, ada saja yang tak kena.
“Ni bukan warna nude. Ni warna kuning cair. Takkan awak tak reti beza antara warna nude dengan warna kuning?” – Nayla
“Nude bukan bogel?” – Ezra
Tapi, kerana kasih pada si kakak, Nayla buat kerja gila. Dia sanggup melamar Ezra yang pernah dia tolak pinangannya suatu ketika dahulu.
Berkahwin bukan atas dasar cinta, tetapi rumah tangga mereka tetap bahagia dengan cara mereka tersendiri.
“Apa beza saya dengan Cik Lang kesayangan awak?” – Nayla
“Sorang hantu dan sorang lagi isteri.” – Ezra
“Salah… Hobi Cik Lang mengilai. Hobi saya pula, menggilai awak sepanjang masa.” – Nayla
Bila rasa cinta mula menyapa di hati, tiba-tiba badai melanda gara-gara kisah lama. Hubungan suami isteri yang tenang berubah menjadi roller coaster dalam sekelip mata.
“Saya rasa terseksa. Saya tak mampu tengok muka awak. I need a break.” – Ezra
“Awak nak berpisah dengan saya? Ber… bercerai?” – Nayla
Yang memisahkan hubungan halal suami isteri ialah kematian dan perceraian. Nayla pernah sandang gelaran janda kerana kematian.
Adakah Nayla akan sandang gelaran janda buat kali kedua dalam hidupnya kerana perceraian?
Atau… Nayla akan kekal sebagai isteri Ezra sehingga hujung nyawa?