Aaqif's: Her Guardian 1

ISBN: 9786299208631
Checking local availability
RM50.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

"They said to trust actions and not words. But you betrayed me in both ways." -DANIA ALISYA

Lapan tahun ditinggalkan, Alisya menjalani sebuah kehidupan yang hancur satu demi satu. Saat seluruh dunianya musnah, dia belajar bahawa kehidupan tidak pernah berjanji untuk sentiasa berwarna. Bertemankan ibu bapa angkat yang berhati mulia, dia bangkit bersama parut yang masih berbekas.

Sehingga takdir memainkan peranan, mereka dipertemukan semula. Aaqif kembali menuntut sebuah kemaafan dan peluang kedua.

"Hati aku dah mati untuk kau." -DANIA ALISYA

"Hati aku masih ada nama kau. Itu pun dah cukup untuk aku." -AAQIF DANIAL

Alisya cuba melarikan diri, namun cinta yang bersisa seakan menggari kaki. Dan apabila Aaqif membentangkan sebuah kebenaran yang sangkanya sudah lama terkambus di kerak bumi, Alisya mula goyah. Akhirnya, lamaran Aaqif diterima.

"I'll try putting my trust again." -DANIA ALISYA

Menelusuri alam perkahwinan, setiap ujian ditempuhi bersama. Jatuh bangunnya Alisya di dalam industri permodelan gara-gara mulut orang, Aaqif sentiasa sedia menyambut.

"Abang... tolong Nia. Nia rasa macam nak mati. Semua orang layan Nia macam perempuan murah. Tolong Nia, abang..." -DANIA ALISYA

"Wait a little bit more, sayang. I'll make sure no one will ever talk shit about you anymore." - AAQIF DANIAL

Hari demi hari, bahtera yang dikemudi Aaqif berlayar dengan penuh kasih sayang. Cinta mereka kembali memekar indah. Namun, apabila kebenaran tentang identiti sebenar Aaqif terbongkar, sekali lagi cinta dan kepercayaan Alisya retak seribu.

"Who are you?" -DANIA ALISYA

"Sayang, I can erplain " - AAQIF DANIAL

"Explain what? Why you killed people? Or how you killed them?" -DANIA ALISYA

Mampukah Aaqif berterus-terang tentang rahsia gelap yang bersembunyi selama lapan tahun daripada mata dunia dan menyelamatkan cinta yang baru mekar? Atau mahligai yang dibina bakal runtuh di pertengahan jalan?