Abang Bomba Sayang Kamu!: Korban Jiwa Demi Cinta
Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Menjadi seorang anggota bomba memang sangat mengujakan. Semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan tugas tidak terbendung. Setiap panggilan kecemasan umpama hadiah yang sangat bernilai. Apa tidaknya, umpama seorang adiwira yang dinanti-nantikan kemunculannya sebagai wira penyelamat. Kehadirannya bisa meredakan hati yang gundah, memberikan ketenangan dan membenihkan harapan.
Sebab itulah, pakaian celoreng bomba dicipta menggunakan warna yang terang supaya mudah dilihat oleh mangsa. Begitu juga penggunaan siren yang khusus, dapat memberi isyarat kepada mangsa bahawa mereka sedang diselamatkan. Buku ini adalah berkenaan sisi berbeza tentang bomba dari apa yang pernah diketahui.
Membaca buku ini seolah-olah anda sendiri sedang menjadi seorang anggota bomba. Merasai cabarannya, menjiwai debarannya, menghayati pengorbanannya dan merasai kehangatan cintanya. Buku ini adalah tentang cinta pasukan bomba kepada negaranya, kepada anda semua. Abang Bomba Sayang Kamu!
Satu sisi memahami kisah disebalik abang bomba yang mungkin ramai tidak tahu. Buku ini menarik untuk mereka yang berminat dengan pekerjaan bomba penyelamat yang disanjungi.